SUPERICFL

Empower U14 football

SNAPCHER ICFL

Presiden dan Ketua Biro Protocol memantau suasana Liga Super ICFL 2019 di Padang UPM, Serdang
Bila pengurus Pasukan dan Coach memberikan kata-kata hikmat pada Pasukan agar membuat lebih baik dan terancang didalam perlawanan bola sepak U14 ini.
Wartawan TV ICFL 2019 Rossa interview pemain U14 mengenai Liga Super ICFL 2019 yang berlansung di Padang UPM, Serdang.
Rakan sepasukan bersama Pengurus Pasukan sepakat membawa berkat.
Salah seorang Coach Pasukan U14 di temuramah oleh wartawan TV ICFL 2019.
Perlawanan sepak mula akan bermula bila-bila masa sahaja. Penentuan kemenangan tertakluk pada strategi pasukan masing-masing dan memberikan saingan yang sihat.
Sudah semestinya sokongan dari IbuBapa amat dihargai dan dorongan yang bagus dalam meningkatkan kebahagian sesebuah keluarga adalah yang terbaik.
Cuaca panas tidak melemahkan pasukan masing-masing didalam perlawanan Liga Super ICFL 2019 di Padang UPM, Serdang.
Khemah cenderahati dikerumi oleh pemain dan orang ramai.
Bila Coach berbicara, pemain haruslah mendengar dengan tekun dan sepakat.
Persediaan sepakkan penalti….. adakah berjaya diselamatkan oleh penjaga gol ?
Medic ICFL berada dimana-mana sahaja bagi membantu pasukan yang bertanding, syabas.
Aksi lincah para pemain ….bola itu bulat maka perancangan amat penting.
Sepakan si cilik dari jarak jauh menewaskan 4 orang pertahanan lawannya.
Kepastian membawa bola untuk pertahankan pasukan daripada dibolos oleh pihak lawan.
Fisio dari pasukan amat penting bagi membantu pemain yang cedera. Walau bagaimana pun pihak ICFL ada menyediakan perkhidmatan Medic dan Ambulan.
Gaya seorang Penjaga Gol melakukan sepakkan yang mantap.

ICFL PLATFORM BAHARU UBI MUDA PAMER BAKAT, TAWAR HADIAH LEBIH RM100,000

Sebanyak 16 pasukan akan berentap dalam saingan Super Inter Club Football League (ICFL) yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM100,000 di Padang A dan B Universiti Putra Malaysia (UPM).

Presiden ICFL, Datuk Kamil Mokhtar berkata, 16 pasukan bawah 14 tahun yang berpangkalan di sekitar Lembah Klang itu layak menyertai Super ICFL selepas melepasi peringkat saringan yang berlangsung pada Ogos lalu.

Beliau berkata, Super ICFL akan berlangsung selama tiga bulan iaitu bermula pada Sabtu ini dan dijangka berakhir pada akhir November depan dengan semua perlawanan dijadualkan berlangsung pada setiap hari Sabtu dan Ahad.

“Yuran penyertaan untuk Super ICFL ini ialah sebanyak RM1,500 bagi setiap pasukan selain deposit sebanyak RM500 sebagai komitmen dalam pertandingan kali ini dan hadiah lumayan disediakan kepada pemenang.

“Juara akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM10,000, piala pusingan bernilai lebih RM50,000 beserta medal, tempat kedua RM5,000 beserta medal dan ketiga RM2,000 serta medal,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Kamil, Super ICFL akan dianjurkan pada setiap tahun dengan objektif utama bagi mencari pelapis sukan bola sepak negara namun, pasukan yang ingin menyertainya perlu melepas peringkat kelayakan terlebih dahulu.

Selain itu katanya, sempena kejohanan Super ICFL yang dianjurkan oleh Parklane Graup itu, pihak penganjur juga akan membuat pemilihan pemain bagi mewakili pasukan ICFL Malaysia untuk bertanding di peringkat lebih tinggi termasuk di luar negara.

“Pemain yang terpilih akan menikmati pelbagai kemudahan sera akan mendapat tunjuk ajar jurulatih berpengalaman. Sempena kejohanan ini, kita juga melantik bekas pemain negara, Shahril Arsat sebagai ikon,” katanya.

Dalam pada itu, Penaung ICFL, Datuk Seri Dr. Wan Fazil Wan Farid berkata, usaha berterusan di peringkat akar umbi dapat membantu menaikkan lagi mutu bola sepak negara.

#Iabolamalaya #ICFL #pentaspemainmuda

Kredit: HAKIMI ISMAIL

Press Conference for Football League ICFL 2019 that will start 28 September 2019 at football Field A and B, UPM Serdang.

16 Teams Qualified for SUPER ICFL 2019 League will start 21th September until November 2019.

CONGRATULATIONS to the Teams.

RE-2 ICFL 2019

2nd Pre Qualification for ICFL 2019 will be brightening the this 25th August 2019. Location is at MINI Turf Sri Permaisuri, a premier football facility is located in Bandar Sri Permaisuri.
With top class facilities, MINI TURF Sri Permaisuri are one of the best football field in Cheras, Kuala Lumpur.
Exciting football tournament for Under 14 to qualified for Prestige League in SEPTEMBER 2019.

25 Ogos 2019

ICFL – INTER CLUB FOOTBALL LEAGUE
U14 Challenge 2019
Pre Qualified (2)
12 Teams

Kick off Date : 25 Ogos 2019 (Ahad)
Time : 08:30 – 18:00
Venue : Padang Turf Permaisuri, Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Route at location:
Padang TURF Tasik Permaisuri BTR
Jalan Budiman, Taman Mulia, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
https://maps.app.goo.gl/YYFtU8Pn66YSLdnX6